Saturday, October 18, 2008

Pengenalan Mymaa


Pengenalan
Assalamualaikum..wbt, salam sejahtera dan selamat datang ke Mymaa Blog.

Terlebih dahulu kami ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kerana sudi singgah di blog ni. Tujuan blog ini dihasilkan adalah untuk berkongsi pengetahuan mengenai produk Madu Lebah Tualang yang diedarkan oleh syarikat kami iaitu Mymaa Enterprise. Di sini saya ingin berkongsi bersama anda mengenai khasiat yang terkandung di dalamnya madu tualang dan ciri-cirinya. 

Kami akan menceritakan sedikit mengenai madu lebah tualang secara ringkasnya. Madu lebah tualang ini dihasilkan oleh lebah liar di dalam hutan hujan tropikal di kebanyakkan hutan di semenanjung Malaysia terutamanya di hutan Pahang, Perak, Kedah, Kelantan dan Terengganu.  

Inilah keistimewaan lebah tualang. Ianya memang sukar didapati di dalam hutan biasa. Malah jarang-jarang sekali. Biasanya kedudukannya jauh di dalam hutan tebal. Jadi, pemburu ini terpaksa bersusah payah untuk mencari lebah-lebah ini. Sekiranya anda ingin menghubungi kami, sila klik di bahagian Hubungi Mymaa di sebelah kanan blog ini.
Harga
Harga juga boleh memperlihatkan sesuatu madu itu asli atau tidak.Mengapa saya kata begini, pokok Tualang adalah sejenis pokok hutan yang amat tinggi setinggi 100-150 meter.Pokoknya tegak lurus dan kulit pokok yang agak licin. Dahannya hanya bercambah dihujung batang sahaja.Bukan calang-calang orang yang boleh memanjat dan mengambil madu di atas pokok ini. Risiko kematian akibat terjatuh dari pokok amat tinggi untuk berlaku. Kalau diupah pemanjat untuk tujuan mengambil madu memang amat mahal dan ianya berbaloi kepada pemanjat tersebut sesuai dengan keberaniannya. Kemudian madu tersebut perlu diperah dan dimasukkan ke dalam tong air untuk dibawa keluar dari hutan belantara. Melibatkan perlbagai kos hingga ia dibotolkan dan dilabelkan. Adakah logik sebotol madu tualang yang berat bersih 1kg dijual pada harga RM35. Kemudian kalau pandai di'tawarkan' boleh turun harga nya kepada RM10-RM20. Logikkah?
Pernah ketika dulu segmen mengenai Madu Tualang tersiar di Majalah 3 dimana pemburu madu tualang menyatakan beliau pernah menjual 1kg dengan harga RM80. Fikirkanlah....
Pokok Tualang


1 comment:

adam said...

Bagaimana menentukan quality of honey produk ini?
Terima kasih.