Sunday, October 5, 2008

Madu Tualang Asli - Mymaa

Sabda Rasulullah swt., "Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya."

Khasiat Madu Lebah

A) MENGEMBALIKAN KEKUATAN TUBUH

1. Memulih. menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.

B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.
1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.

1. BAYI/KANAK-KANAK:
a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.

2. REMAJA:
a) membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.

3. WANITA:
a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.

4. LELAKI:
a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
b) Menguatkan tenaga batin.

5. PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS):
a) Menstabilkan kandungan gula dala darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)

6. UNTUK SEMUA:
a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
c) Memulihkan penyakit berpanjangan.
d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
e) Menyembuhkan penyakit dalam perut.
f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
g) Memulihkan batuk dan lelah.
h) Menghindarkan badan letih dan lesu.
i) Kurangkan kesakitan bila datang haid.
j) Baik untuk perempuan bersalin.
k) Membantu/menerangkan pemandangan.

7. IBU MENGANDUNG
a) Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
b) Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi,kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.

8. ANAK DALAM KANDUNGAN
a) Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam madu dapat membunuh kuman-kuman.
b) Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan menguatkan janin.
c) Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh kuasa dalam madu asli.
d) Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
e) Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.

9. BAGI BAYI YANG BARU LAHIR
a) Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
b) Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.
c) Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
d) Mengelak dari kembung perut bayi.

10. BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK

a) Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perul atau rahim.
b) Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.

Madu Lebah Tualang

Madu Lebah Tualang adalah madu yang terbaik dan berkualiti diperakui oleh para penyelidik. Ia juga dikenali sebagai madu hutan tropikal (Tropikal Forest Honey), dihasilkan oleh lebah liar dikenali sebagai lebah sialang. Malaysia adalah antara negara yang bertuah yang mepunyai hutan hujan tropikal yang tertua dan terkaya di dunia. Sumber flora dan faunanya yang hebat dengan pelbagai spesis lebah liar yang tidak terdapat di negara lain. Pokok Tualang pula adalah sejenis pokok balak yang tertinggi yang banyak didapati di hutan di semenanjung terutama Pahang, Kedah, Perak, Kelantan dan Terangganu. Kualiti madu lebah di pokok tualang yang dihasilkan oleh lebah liar menghasilkan madu lebah yang terbaik di dunia dan diakui oleh para penyelidik. Ia mengandungi debunga, mineral, banyak jenis vitamin dan enzim semulajadi dan ia tiada gula tambahan berbanding kualiti madu lebah ternak.

Ciri-ciri madu lebah tualang :-

(a) mempunyai agak gelap kehitaman kerana kandungan mineralnya seperti kuprum, zat besi dan magnesium yang tinggi dan jika disimpan lebih lama warna madu akan menjadi lebih gelap lagi;

(b) Madu yang masih baru mempunyai buih-buih yang halus berkumpul di permukaan dan setelah beberapa ketika buih-buih halus akan menyurut dan meninggalkan kesan buih di permukaan;

(c) Bau haruman madu agak kuat dan agak masam sedikit disebabkan oleh bau pati debunga hutan;

(d) Rasanya sedap dan agak kelat dan sedikit perit dan menyengat bila ditelan;

(e) sesiapa yang biasa meminum madu sendirinya dapat membezakan madu lebah yang asli dengan yang tiruan.Khasiat madu itu sendiri tersedia maklum oleh semua masyarakat di dunia sebagai penawar pelbagai jenis penyakit.

Mengikut Prof H.A. Schuette dari Jabatan Kimia, Universiti Wisconsin mendapati madu yang bewarna gelap mengandungi kandungan zat kuprum, zat besi dan manganese yang lebih tinggi. Madu juga kaya dengan vitamin dan zat galian penting membabitkan vitamin A dan B kompleks, C dan E juga zat galian termasuk kalsium, fosforus, sulfur, karbon, magnesium dan sebagainya.

CARA MENGUJI KETULENAN MADU LEBAH ASLI

1. Ambil mancis api, kemudian bakar madu lebah tersebut. Madu Asli akan membuat mancis aka terus menyala.
2. Titiskan madu di alas kertas. Madu asli tidak akan tiris.
3. Ambil sesudu madu,kemudian masukkan ke dalam air putih. Madu Asli lebih tumpat daripada air.
4. Titiskan madu pada kuku. Madu Asli akan memakan masa untuk menitik.
5. Masukkan madu ke dalam plastik aiskrim dan simpan di dalam freezer. Madu Asli tidak akan beku atau keras. (Madu kenyal seperti agar-agar/jeli dan cair selepas 10 minit di keluarkan dari freezer)
6. Ambil 2 sudu besar madu lebah campurkan sebiji kuning telur Kuning telur akan separuh masak.

Kenapa Madu Tualang agak tinggi dari biasa?

Sebenarnya harga bergantung kepada 3 sebab utama iaitu:

1. KEASLIAN MADU. Kebanyakan madu lain di campur dengan air, asid benzoik dan sebagainya
2. JENIS MADU. Terdapat beberapa jenis madu lain seperti:

a. madu lebah yang diternak secara komersil (Memang murah tapi khasiat kurang kerana lebah yang diternak hanya memakan benda yang disediakan sahaja. Menurut kata pemburu lebah madu tualang, lebah ini seolah-olah sama dengan ayam daging.

b. madu lebah hutan

PERINGATAN:

1. Bersifat PANAS. Tidak boleh simpan dalam peti ais kerana akan rosak dan juga tidak boleh disimpan dalam almari bertutup rapat.
2. Pekat dan rasa manis semulajadi *bukan manis seperti gula merah/gula putih/buah
3. Kebaikan madu ASLI lebah Tualang
i. Tiada expiry date jika disimpan dalam suhu biasa.
ii. Madu yang kami bekalkan TIDAK dicampur bahan pengawet (asid benzoik)
iii.TIADA bahan pewarna dan TIADA bahan perasa tiruan


4. Tidak boleh disimpan dalam botol plastik kerana sifat panas madu. SILA tukarkan dengan botol kaca sekiranya ingin menyimpan lama.

CARA PENGGUNAAN:
Dewasa : Minum 1 camca teh 2 kali sehari (Pagi/Malam) sebelum makan. (
Untuk mengekalkan khasiat madu tualang, anda dinasihatkan menggunakan sudu yang diperbuat dari bahan plastik)
Kanak-kanak: Gunakan camca kecil

Minima minum ialah 3 kali sudu teh dalam sebulan.

Apabila di minum satu sudu teh, ia berasa sedikit panas di dalam dada. Ini bukan kesan sampingan tetapi sebaliknya ia adalah proses biasa pendetokfikasi atau penyah toksin dalam hati/darah. Selepas itu ia membantu proses pembinaan metabolisma sel darah.

Juga oleh dibancuh dengan air suam, tambahan dalam masakan mengikut sesedap rasa seperti masakan ayam madu dengan aroma dan rasa yang lazat.

6 comments:

Unknown said...

Madu memang berkhasiat untuk kesehatan dan untuk kecantikan semua orang, maka dari itu. Tetap sehat, tetap semangat, biar bisa jalan-jalan dan makan-makan.
Jangan lupa minum terus madu asli dan murni. www.JualMaduOnline.com

unknown said...

Assalamualaikum....adakah madu Tualang boleh disapu di muka???

Nor said...

jenis madu ada dua sahaja iatu madu hutan/liar dan madu ternak..

madu liar memakan nectar bungaan hutan manakala madu ternak nectar bunga sekitar atau air gula pasir.

proses pembotolan madu ada tiga cara iatu:
1. dibotolkan terus/raw honey

2.dimasak dan dibotolkan/pasteurization

3.dicampur dgn asid benzoik dan dibotolkan.

makluman...tiada madu tiruan dalam pasaran kerana kos mencampurkan sebatian separa kristal gula pasir dan gula melaka adalah sangat mahal malah lebih mahal dari madu asli itu sendiri.

Nor said...

jenis madu ada dua sahaja iatu madu hutan/liar dan madu ternak..

madu liar memakan nectar bungaan hutan manakala madu ternak nectar bunga sekitar atau air gula pasir.

proses pembotolan madu ada tiga cara iatu:
1. dibotolkan terus/raw honey

2.dimasak dan dibotolkan/pasteurization

3.dicampur dgn asid benzoik dan dibotolkan.

makluman...tiada madu tiruan dalam pasaran kerana kos mencampurkan sebatian separa kristal gula pasir dan gula melaka adalah sangat mahal malah lebih mahal dari madu asli itu sendiri.

Hyrulanwar IIA said...

Assalam saya membekal madu tualang asli dalam kuantiti yang banyak atau sedikit.madu asli beserta sijil ketulinan dari mardi.(wassup 0134204556)

Hyrulanwar IIA said...

Assalam saya membekal madu tualang asli dalam kuantiti yang banyak atau sedikit.madu asli beserta sijil ketulinan dari mardi.(wassup 0134204556)