Sunday, October 12, 2008

Apis dorsata, The Giant Honey Bee


Apis Dorsata Binghami atau dikenali sebagai the Giant honey bee, adalah spesis lebah hutan yang dikenal pasti menghasilkan madu di pokok Tualang di hutan Malaysia.

Size lebah Apis Dorsata Binghami adalah lebih kurang 17-20 mm panjang. Lebah Apis Dorsata Binghami banyak terdapat di negara seperti Malaysia dan Indonesia.

Mengapa lebah jenis Apis Dorsata Binghami gemar bersarang di Pokok Tualang atau Koompassia excelsa (Becc.) Taub?

Pokok Tualang adalah sejenis pokok saka yang terdapat di hutan Malaysia. Nama botaninya Koompassia excelsa (Becc.) Taub. Pokok Tualang pula adalah sejenis pokok balak yang tertinggi yang banyak didapati di hutan di semenanjung terutama Pahang, Kedah, Perak, Kelantan dan Terangganu. Lebah spesis sahaja yang membuat sarang di Pokok Tualang.

Bagi lebah-lebah ini menganggap pokok tualang adalah tempat yang selamat untuk membuat sarang kerana ketinggiannya dan size pokok tersebut boleh menyelamatkannya dari ancaman binatang yang gemar akan madu.

Salah satu sarang lebah yang terdapat di pokok tualang di hutan simpan berhampiran Empangan Sungai Muda, Kuala Nerang, Kedah. Kadangkala size ketinggian pokok tualang boleh mencecah 10 tingkat bangunan. 

Dari illustrasi anatomi lebah di atas kita dapat segera tahu bahwa meskipun madu dikeluarkan dari perut lebah (di dalam Al Qur’an disebutkan di Surat An Nahl Ayat 69 ”….Dari perut lebah itu keluar minuman yang bermacam-macam warnanya…”), namun ternyata madu ditempatkan di tempat khusus dalam perut lebah yang disebut perut madu (honey stomach, honey sac atau crop) yang terpisah dari perut besar lebah (large intestine atau stomach).

Di dalam perut madu tersebutlah proses penguraian gula komplek diubah menjadi gula sederhana atau mono sakarida. Sering terjadi ketidakfahaman di masyarakat seolah madu adalah kotoran lebah kerana berasal dari perut lebah. Madu bukanlah kotoran lebah meskipun dalam prosesnya melalui perut lebah. Honey sac yang berada di perut lebah sebenarnya lebih merupakan tempat penyimpanan khusus untuk madu selama perjalanan lebah pekerja dari tempat pengambilan nectar sampai ke sarangnya. Selanjutnya nectar yang berupa gula komplek dalam bentuk sukrosa mengalami proses fizikal dan kimia sekaligus,meneruskan perjalanannya di perut lebah dan dilanjutkan di sarang lebah.Nectar yang diambil dari bunga-bunga tanaman mengandung gula dan kadar air yang tinggi (sekitar 60%), untuk menjadi madu kadar air ini harus diturunkan secara significant menjadi sekitar 20 %-30%.

Proses penurunan kadar air ini mulai terjadi pada saat lebah menjulurkan lidahnya (proboscis) untuk memindahkan Madu sedikit demi sedikit dari dalam perut madu (honey sac) ke sarang lebah. Didalam sarang lebah kadar air terus diturunkan lebih lanjut dengan laju penurunan yang lebih tinggi melalui kipasan sayap-sayap lebah yang terus menerus mengawal hawa/suhu hangat ke seluruh ruangan dalam sarang lebah.

Proses kimia dari nectar menjadi Madu terjadi di dalam perut lebah ketika enzym invertase mengubah sukrosa menjadi glukosa dan fruktosa.

Kaitan antara ‘semut’ dan madu.

Ramai orang memperkatakan tentang madu yang asli/tulin tidak akan didatangi semut.Mari kita mengupas isu ini untuk mendapatkan jawapannya.

Di dalam madu sebenarnya terdapat lebih dari 172 unsur atau bahan zat yang dikenal pasti.Salah satunya ialah kandungan mineral tembaga (Cu) dan sulfur (S) atau belerang yang ada di dalam madu hutan. Di sini saya ringkaskan bahawa apabila kandungan mineral tembaga (Cu) dan sulfur (S) lebih tinggi, madu ini akan menyebabkan bahang bagi peminum madu ini di mana badan akan terasa panas(bukannya panas yang boleh memudaratkan. Sebenarnya ia bagus untuk orang tua yang kerap terasa sejuk-sejuk tubuh dan orang yang bekerja di dalam pejabat berhawa dingin). Tembaga atau kuprum (Cu) adalah mineral yang membekalkan haba dalaman (internal heat) pada badan. Ini juga adalah satu faktor utama mengapa pesakit asma amat berkesan jika mengamalkan madu hutan untuk mengubati dan menyembuhkan penyakit tersebut.

Pada hemat saya, inilah sebab utama mengapa madu hutan ini tidak didatangi semut gula(warna hitam) kerana wujudnya bahang haba madu tersebut. Tetapi jika ‘semut mayat’ (semut tersebut berwarna merah dan kecil dari semut gula) akan tetap datang kepada apa jenis madu pun. Ini adalah kerana semut jenis ini amat tahan lasak. Apa saja yang disukai termasuk mayat manusia, bangkai binatang, lebihan makan di rumah juga pati air buah-buahan. Hatta jika buah durian yang gugur retak di dusun jika dibiarkan hanya beberapa minit telah dipenuhi oleh semut mayat ini. Persoalannya mengapa semut ini datang?

Oleh itu mari kita berbalik kepada penciptaan semut oleh ALLAH. Ia diciptakan suka kepada benda-benda yang manis.Jadi setiap madu asli mengandungi gula asli seperti glucose, sucrose, levoluse, dextrose dan maltose. Jadi apa yang perlu kita persoalkan tentang kehadiran semut pada madu lebah.

Pendapat yang mengatakan madu asli tidak akan dihurungi semut tidak boleh digunapakai sebagai satu alasan yang konkrit. Persoalan di atas menghantui orang ramai kerana menyamakan madu tiruan(dimasuk gula merah dsb nya) dengan madu hutan asli. Ada juga madu hutan yang dihurungi semut tetapi sepertimana yang saya katakana tadi iaitu semut mayat saja yang begitu,jarang sekali semut hitam (kalau madu asli semut hitam datang juga menandakan kandungan sulfur di dalam madu tersebut tidak tinggi).

Diharap penjelasan ini sedikit sebanyak membantu tuan puan dalam mencari jawapan kepada persoalan di atas. Terima Kasih.


No comments: